Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Nourul Depp telah berkongsi gambar anak sulungnya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
"Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia," kata Nourul apabila perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke-25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.
Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik: "Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik," tulis Maria di ruangan komen.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran tersebut, Nourul mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.
"Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya," tulisnya.
________________________

No comments:
Post a Comment