15 May 2022

TAYANG 'BABY BUMP' - MONA ALLEN LUAH RASA SYUKUR, MOHON DOA



"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Syukur. Doakan yang baik-baik ya ❤️," demikianlah tulis pelakon Mona Allen pada sekeping foto dirinya bersama suami, pelakon Pekin Ibrahim sambil memegang 'baby bump' yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram.


Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, yang memanjatkan kesyukuran dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraannya serta bayi di dalam kandungan itu bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungannya kini memasuki berapa bulan.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, seorang rakan kepada Mona dilihat ada menitipkan doa semoga Mona akan bersalin dengan selamat.

"Semoga segala urusan melahirkan nanti akan dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu baby keluar," tulisnya di Instagram stories.

Sementara itu di ruangan komen, perkhabaran gembira tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya.

Klik untuk gambar besar



"Semoga dipermudahkan segalanya," komen penyanyi Kaka Azraff.

"Alhamdulillah sayangku, syukur pada mu ya Allah," ujar pelakon dan penyampai radio Siti Elizad.

"Alhamdulillah, welcome to the club," tulis pengacara dan pelakon Uyaina Arshad.

"Alhamdulillah, congrats Mona and Pekin," ucap pelakon Ramona Zamzam.



"Omg babe, Alhamdulillah," kata pelakon Dynas Mokhtar.

"Alhamdulillah syukur. Tahniah sis cantik. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk mommy dan baby," balas pelakon Iman Nasuha.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 108,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Untuk makluman, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2018.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: