15 May 2022

SUHAIMI SAAD JELAS SEBAB TAK BELIKAN ANAK TELEFON: "TIADA KEPERLUAN UNTUK PDPR... ADA KESAN RADIASI"



"Ramai tahu anak SS (Suhaimi Saad) tak ke sekolah dan mereka belajar secara homeschooling di rumah. Jadi mereka tiada keperluan sangat untuk PdPR atau untuk hubungi ibu ayah semua. Pergi mana-mana pun dan ibu ayah, jadi tak ada keperluan sangat.


"Tapi mereka boleh guna telefon ibu ayah dengan pantau semua kalau nak tengok YouTube or nak belajar," itulah kata penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang tampil menjelaskan buat ketika ini kesemua anak-anaknya tidak mempunyai keperluan untuk ke sekolah memandangkan mereka belajar secara 'homeschooling'.

Suhaimi atau mesra disapa sebagai SS, turut berkongsi tips dalam menjaga anaknya daripada terpengaruh dengan penggunaan gajet melampau. Perkongsian itu dibuat Suhami menerusi satu posting di akaun TikToknya.

Tambah bekas anggota kumpulan In-Team ini, dia juga sedar penggunaan gajet khususnya telefon pintar mempunyai beberapa kesan buruk.

"Kita tahu yang telefon ni ada kesan radiasi tak berapa elok untuk anak-anak. Kalau budak-budak tengok seronok TikTok, game, jadi minat untuk belajar tu kurang. Tapi InsyaAllah, bila sampai masa dan keperluan SS akan belikan," ujarnya.

Untuk makluman, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: