29 May 2022

"LAMA SANGAT DAH SAKIT... LEPAS NI, PAPA BEREHATLAH" - NAQIU REDA BAPA DIJEMPUT ILAHI



"Allahuakbar. Papa saya baru saja meninggal dunia jam 6.50 pagi sebentar tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat papa. Moga dia ditempatkan dikalangan mereka yang beriman & moga papa diletakkan di syurga tertinggi disisiNya..


"Papa dah terlalu penat, lama sangat dah sakit. Lepas ni, papa berehatlah. Papa dah boleh jumpa mama. Moga satu hari nanti, kita semua akan bertemu kembali pa.. 🥲

"Al-Fatihah.. 🙏🏻," itulah tulis penyanyi Naqiu yang memaklumkan berita duka menerusi laman Instagram dimana bapanya, Mohd Najib telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 pagi tadi.

Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, yang reda dengan pemergian bapanya itu berkata, punca kematian bapanya adalah kerana sakit jantung dan komplikasi akibat C0V1D.

"Perasaan saya sedih sebab saya kena uji dalam minggu ini banyak sangat. Tapi saya reda kerana ini bahagian saya. Papa tinggal bersama saya di Sungai Besi. Arwah tiada pesan apa-apa. Tapi kata-kata akhir dia, dia dah penat," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, bapa Naqiu sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan dimasukan ke hospital pada 16 Mei akibat komplikasi selepas terkena jangkitan C0V1D beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Naqiu sebelum ini memaklumkan dia reda dengan segala ketentuan selepas bapanya ditidurkan akibat penurunan oksigen dalam badan: "Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya," jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Naqiu mengalami kemalangan berhampiran Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, kira-kira jam 8 malam. Kereta Perodua Myvi berwarna merah dipandu pegawai perhubungan awam (PR) syarikat pengurusannya, Izzwan Shahzerill dilanggar sebuah teksi dari arah bertentangan.

Naqiu memberitahu dia tidak mengalami kecederaan serius, namun bahagian mukanya sengal-sengal, manakala dada dan kaki kanan sakit. 



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: