29 May 2022

FIDA KINI HAMIL 3 BULAN, SELAIN DISAHKAN POSITIF C0V1D



"Jangkitan itu diperolehi menerusi suami, yang positif C0V1D selepas pulang daripada umrah baru-baru ini. Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Jantung dan darah saya dalam keadaan normal tidak kritikal.


"Paling saya risaukan adalah keadaan bayi. Alhamdulillah denyut nadi bayi masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yang lepas (tiada denyutan)," tulis pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim, 36, yang kini mengandung tiga bulan, selain mengesahkan dirinya positif C0V1D buat kali pertama.

Menerusi laman Instagramnya, Rafidah atau mesra disapa Fida, memaklumkan dia menghubungi pihak hospital unit wanita dan kanak-kanak untuk bertanya lanjut kerana berlaku sedikit pendarahan dan pada masa sama dia positif C0V1D.

Fida sebelum ini menerusi hantaran di Instagramnya, ada membaca doa agar keluarganya dihindari daripada penyakit Ain. Fida yang dihubungi berkata, dia juga bercadang mahu berehat sementara daripada media sosial buat masa ini.

Klik untuk gambar besar


"Sebab kemungkinan besar kalau pendarahan saya makin bertambah, saya kena ke hospital semula dan mungkin akan ditahan di wad Memang kami suami isteri diuji macam-macam sebelum ini. Tapi alhamdulillah selepas dapat doa, tetap diuji tapi keadaan makin okey daripada sebelum ini.

"Banyak faktor berlakunya perkara ini. Bukan setakat bisnes tapi dengan orang sekeliling pun kami diuji termasuk dengan kenalan dan kawan-kawan lama," katanya.

Untuk makluman, Fida melangsungkan pernikahan dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 38, pada 5 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru. Hasratnya untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Fida kini tampil dengan single terbaru berjudul Anumerta (Ya Rasulullah) ciptaan dan lirik Bard Muffins & Aiman SYDQ yang boleh didapati menerusi semua platform digital.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: