16 May 2022

PUTERI SARAH LIYANA: "USIA 36 NAK KE USIA 40 TAHUN INI, MEMANG ALLAH UJI KESABARAN TAHAP 6 LAH"



Menerusi muat naik terkini di laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana telah menganggap usia antara 36 hingga 40 tahun adalah 'kemuncak' ujian yang bakal diterima setiap individu.


Kata Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, ujian adalah salah satu lumrah dalam kehidupan sebagai bukti Allah masih menyayangi hamba-Nya.

Tambahnya, sebaik menjengah usia 40 tahun setiap individu seharusnya sudah mencapai titik ketenangan yang sebenar selain mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

"Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Tak kira lelaki atau perempuan. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Klik untuk gambar besar



"Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal, ada yang hilang kerjaya, yang dikhianati sahabat sendiri, diuji dengan masalah kewangan, anak-anak membesar dan banyak akal.

"Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat! Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah- ALLAH SAYANG-

"DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu. DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?



"Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW! Hati lebih sabar, lebih tenang, lebih bahagia, lebih sempurna, lebih nampak arah tujunya, lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

"Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

"Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40'. Tapi, jika kita ini asyik ULANG silap yang lepas, diusia 40 nanti sama je perangai sampai ke tua.



"Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari.

"Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

"Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik. Life is simple. Do good and good will come to you," demikianlah tulis Puteri Sarah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: