06 May 2022

"SAYA SEDIH BERCAMPUR KECEWA..." - LUAH RADHI OAG BILA TAWARAN PERSEMBAHAN TIBA-TIBA BATAL



Penyanyi Radhi OAG baru-baru ini telah meluahkan perasaannya dimana dia berasa sedih dan kecewa apabila tawaran persembahan dibatalkan. Kata Radhi, dia perasan perkara tersebut berlaku selepas dirinya didakwa atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya, namun dia belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.


"Saya sedih bercampur kecewa apabila tawaran persembahan yang dah dipersetujui sebelum ini tiba-tiba dibatalkan begitu saja. Saya cuma mohon jasa baik penganjur agar berlapang dada dan berikan saya peluang untuk cari rezeki. Belum terbukti saya bersalah tapi saya seolah-olah dah dihukum oleh mereka.

"Setakat ini saya dah hilang RM8,000 apabila tiga tawaran menyanyi untuk Raya di tiga kompleks membeli belah di Johor dibatalkan begitu sahaja. Sedangkan saya perlu cari wang untuk hidup dan sara anak-anak. Sebutan kes saya pula 13 Julai. Kalau begini bagaimana saya nak hidup?

"Saya sangat kecewa sehinggakan malas nak ingat nama tiga lokasi terbabit. Bayangkan penganjur tiba-tiba tak jawab panggilan saya," katanya dengan nada sedih.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, yang mempunyai tiga anak itu berkata, perkara ini mula disedari selepas dia keluar dari lokap dan ceritanya tular menerusi semua medium.

Klik untuk gambar besar



"Mulanya saya bersangka baik tak mungkin persembahan ini dibatalkan. Rupa-rupanya penganjur buat tak reti sahaja dengan saya. Sebenarnya saya tak salahkan sesiapa dalam perkara ini terutama bekas isteri, Ayu walaupun tindakannya menyebabkan perkara ini terjadi. Ia lebih berkaitan sikap sesetengah orang kita yang tersilap menghakimi sedangkan kes belum dibicarakan. Saya seolah dah disahkan bersalah," ujarnya.

Terdahulu, Radhi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 April atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, di kawasan rumahnya di Kota Damansara pada 19 April lalu. Radhi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Untuk makluman, Radhi dan Ayu disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak kira-kira 4.20 pagi, 25 Mac 2019.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak berusia enam dan tujuh tahun. Selepas bercerai, Ayu dan anaknya menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: