25 May 2022

USTAZ KAZIM ELIAS DEDAH MANDI KELUAR JARUM - REDA JIKA SAKIT MISTERI RAGUT NYAWA, MAHU MATI DALAM DAKWAH



Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias yang akui berpuluh tahun menderita sakit misteri akibat disihir iaitu sejak 1997, berkata dia sudah ikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan termasuk bertemu pakar kulit. Jelas Kazim, doktor bagaimanapun tidak dapat mengesan masalah kulit dialaminya dan hanya menganggap ia penyakit biasa yang sering dialami oleh orang tua.


"Sebelum datang sini pagi tadi saya dah jumpa dua pakar dan mereka kata saya tiada sakit apa. Mereka kata saya dah tua dan ini penyakit orang tua. Sebab itu saya kata tolong bantu saya sebab saya dah guna pelbagai usaha. Saya dah buat lima pembedahan dan saya masuk MRI lebih dari lima kali untuk tengok penyakit saya.

"Ramai yang tolong saya pun surrender tak boleh buat. Mungkin keadaan saya teruk sebab itu saya orang yang betul-betul boleh bantu dan sama-sama dengan yang lain doakan saya," katanya yang berkongsi kisahnya itu ketika diitemu bual program Meletop pada Selasa malam.

Berkongsi lebih lanjut tentang hal itu, Kazim memberitahu, apa yang dilalui menyebabkan dia berasa tertekan. Bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dalam usaha berdakwah dan terpaksa menggunakan solekan apabila berjumpa orang ramai.

Klik untuk gambar besar



"Selama ini saya terpaksa memakai solekan yang tebal apabila hendak keluar rumah. Saya rasa malu untuk berjumpa orang dan keadaan itu membuatkan saya jadi tertekan. Walau dalam keadaan sakit saya tetap teruskan kerja-kerja berdakwah.

"Saya tidak mahu mengalah. Kesibukan juga membuatkan saya lupa seketika tentang sakit yang dialami. Bertahun-tahun saya tidak boleh tidur malam. Saya hanya boleh tidur dalam kereta. Syukur Tuhan masih berikan saya kekuatan dan tidak merasa letih," ujarnya.

Dalam program tersebut juga, Kazim mendedahkan wajah sebenar beliau tanpa solekan terdapat kesan parut hitam akibat luka yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, beliau turut memberitahu pendedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk marketing termasuk sengaja mahu mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul 'Zim Zim Ala Kazim'.



"Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci al Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan sihir... benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita. Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu," jelas beliau.

Sementara itu, Kazim yang turut berkongsi amalan yang sering dilakukan sebagai pelindung dirinya itu reda jika sakit yang dialami ini menjadi punca kematiannya satu hari nanti.

"Selepas menunaikan solat saya amalkan bacaan ayat Kursi dan juga ayat 56 surah Hud. Itu antara amalan yang membuatkan saya bertahan. Jika sakit ini menjadi penyebab kematian, saya reda. Apa yang penting saya mahu mati dalam keadaan terus menyampaikan dakwah," tutur beliau.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: