08 June 2022

"ADA GIGI TARING YANG CANTIK" - SYAFI TEE MENYESAL PAKAI PENDAKAP GIGI



"Sudah tiga tahun pakai sebab gigi tak berapa cantik. Tapi menyesal sebenarnya sebab ada gigi taring yang cantik pada belah kanan. Jadi bila diperbaiki rasa sayangnya... dahlah comel bagi saya. Malahan, ayah pernah tegur gigi saya tak teratur sebab adik-beradik lain semua elok.


"Dulu saya rasa insecure (tidak yakin) dan terasa jugalah nak ada perubahan tapi reda sahajalah," kata pelakon Syafi Tee yang akui menyesal mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi.

Ini kerana menurutnya, dia sebenarnya memiliki gigi taring kanan yang cantik. Memetik Utusan Online, Syafie berkata teguran bapanya membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi. Kata Syafi lagi, meskipun dia tidak pernah dipersenda namun timbul perasaan tidak yakin pada diri sendiri.

Sebelum ini, nama Syafi hangat diperkatakan selepas tular video dirinya didakwa berpelukan dan mencium seorang 'wanita' yang merupakan seorang transgender.

Sehingga kini, Syafi yang merupakan anak kepada penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini masih memilih untuk berdiam diri berhubung isu tersebut.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: