08 June 2022

"PAKAI KERETA MEWAH TU 'MAKAN' DUIT ADIK DIA TU" - KAKAK ASIF TAK TAHAN DITUDUH, LUAH RASA KESAL



"Kakak dia ni tumpang populariti adik je, kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu. Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku," itulah kata kakak bintang YouTube Asif Suhaimi iaitu Nurul Atina Suhaimi yang menegur tindakan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan duit adiknya yang merupakan remaja istimewa.


Atina yang juga seorang usahawan tudung itu meluahkan rasa kesal apabila terdapat netizen yang mendakwa dia menggunakan duit adiknya untuk memberi kereta mewah dan menumpang populariti pelakon 'Drama Spontan' itu.

Menurutnya lagi, individu yang membuat tuduhan itu seolah-olah mengenali siapa dirinya. Menerusi tinjauan, Atina difahamkan menggunakan kereta jenis BMW berwarna putih.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Atina berkata dia menyekat individu yang meninggalkan komen-komen sedemikian. Tambahnya lagi, kata-kata negatif seperti itu kadang-kala menggores hatinya, namun menyedari terpaksa berdepan dengan perkara berkenaan.

"Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meminta wanita itu agar mengabaikan kata-kata netizen.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: