13 June 2022

"BAHAGIA HARI INI JUMPA ANAK KEDUAKU" - JAMAL ABDILLAH



Semua sedia maklum mengenai luahan Zaki yang berasa rindu untuk menyambut hari raya bersama bapanya, penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah. Bagaimanapun, Zaki berkata dia tidak memaksa bapanya untuk kembali seperti waktu dahulu kerana memahami bapanya itu sudah mempunyai keluarga baru.


Namun terkini, hasrat Zaki bertemu bapanya itu telah tercapai apabila mereka akhirnya bertemu. Jamal meluahkan rasa bahagia dan gembira apabila dapat bertemu dengan anak keduanya yang sebelum ini merindukan bapanya.

Jamal berkata dia berharap anaknya itu gembira dapat bertemu dengannya serta tahu bahawa dia sayangkan anaknya itu. Dalam pada itu, Jamal berkata beliau tidak mengelak tanggungjawab membela anaknya itu serta tahu Zaki itu seorang yang pelajar bijak dan sentiasa mendapat nombor satu dalam peperiksaan.

"Bahagia hari ini jumpa anak keduaku. Ialah masing-masing sibuk. Dia sibuk, saya pun sibuk. Dia baru 16 tahun dan masih sekolah lagi. Saya berkesempatan beli baju untuk dia sebelum ini.

"Saya simpan dah lama untuk dia. Kalau dia nak pakai untuk pertandingan seperti satu program realiti pun tak apa janji dia gembira. Harapan saya agar dia pun gembira dapat jumpa saya dan dia tahu saya sayangkan dia.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin dah takdir kami begini. Tak semestinya saya tak sayang anak saya. Harapan saya tinggi untuk dia belajar lebih baik. Cuma saya risau jugalah kerana bimbang dia memberontak dalaman kita tak tahu.

"Tapi harap dia faham bahawa kasih sayang ayah walau bumi terbelah dua, langit runtuh sekalipun, yang akan ada di belakang esok itulah ayahnya. Sayalah yang akan ada.

"Percayalah... jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Harapan saya dia dapat terima takdir bahawa kehidupan kami begini. Bukan saya nak mengelak untuk bertanggungjawab ke atasnya membela dia.

"Saya tidak mahu dia jadi mangsa apa-apa juga pergolakan. Saya akan menyokong apa juga yang dilakukan. Yang paling penting dia tahu yang saya sangat sayangkan dia," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: