13 June 2022

"JANGAN GANGGU HIDUP KAMI LAGI" - AZRI ISKANDAR AKUI AIR MATA SUDAH HABIS



Nampaknya kisah pelakon Azri Iskandar sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan sejak mendedahkan dia bakal berkahwin lagi dengan penulis skrip, Dr Azra Diera, 43. Tambah hangat lagi apabila seorang wanita dikenali sebagai F mendakwa diajak bernikah oleh Azri serta sudah berjumpa dengan keluarga pelakon itu di kampung.


Azri bagaimanapun telah tampil menafikan semua dakwaan wanita 'F' berkenaan dimana ia telah menjejaskan namanya dan disebabkan itu juga, ibu kepada kekasihnya itu pengsan dan dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Terbaru, bekas suami kepada pelakon dan pengarah Ellie Suriaty itu berkata dia tidak mahu bercakap lagi mengenai wanita 'F' itu serta meminta supaya tidak menganggu hidupnya bersama Azra.

"Habis sudah air mata saya. Jadi jangan ganggu hidup kami lagi. Saya dah tak tahu nak marah, sebab saya punya marah dan carutan sudah dilepaskan kepada portal berita dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Jadi cukup! Saya takkan cakap apa-apa lagi berkenaan wanita F. Air mata saya pun dah habis. Lepas ni air mata saya untuk Dr Azra Diera, 43 saja. Air mata Azra pun untuk saya, bukan untuk perempuan itu," katanya.

Ditanya mengenai keadaan ibu kekasihnya yang jatuh pengsan sehingga dimasukkan ke hospital, Azri berkata bakal ibu mentuanya itu masih berada di dalam wad.

Klik untuk gambar besar



"Mak Azra masih dalam wad, tapi alhamdulillah dia okay. Tekanan darah menjadi tak stabil sebab dia terkejut selepas menonton video perempuan itu. Dia bukan orang muda, mak dan ayah Azra sudah berusia lebih 70 tahun. Kami pun jadi 'sakit' disebabkan masalah ini. Mak tu sakit, akibat kejadian ni dia di hospital," jelasnya.

Sementara itu, Azri mengakui kesal jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati dirinya apatah lagi selepas 34 tahun terbabit dalam bidang lakonan.

"Saya sudah berusia 54 tahun. Saya masuk bidang ini ketika usia 20 tahun pada 1988. Sudah 34 tahun saya bergelumang dengan dunia seni dan sepak terajang dunia lakon. Saya masuk semua bidang lakon iaitu filem, drama, pentas, malah drama radio pun saya buat. Jadi, saya tak suka orang tak hormat saya. Saya buat kerja seikhlas boleh.

"Dulu lagi dah cakap, ini dakwah saya sebagai pelakon. Saya bukan ustaz nak duduk masjid macam kawan lain, saya tak buat macam tu. Saya berdakwah hanya kerana Allah SWT dengan cara tersendiri dalam lakonan. Kalau watak saya jahat, jangan ikut watak itu. Kalau apa saya buat watak baik tu, contohilah kalau mampu. Sebab itu lah cara paling sempurna saya buat dengan lakonkan apa yang penulis skrip ilhamkan.

"Untuk wartawan saya hargai anda, siapa saya kalau anda tiada. Junior dan senior wartawan yang sudah tiada pun semua saya kenang dan ada dalam memori saya sampai saya meninggal dunia," ujarnya.

Terdahulu, Azri berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita bernama 'F' serta portal yang susulan tuduhan wanita itu yang dianggap fitnah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: