13 June 2022

MUAT NAIK VIDEO TARIAN 'MARRY ME', NETIZEN TEGUR CONTENT DALAM TANDAS - INI RESPON CAPRICE



Baru-baru ini menerusi laman Instagram, penyanyi rap Caprice telah memuat naik video tarian 'Marry Me' yang menjadi trend di media sosial. Melihat pada video tersebut, isterinya iaitu Farra Inalis dilihat menari sambil memegang beberapa jenis perisa vape.


Namun, apa yang lebih menjadi perhatian, Caprice duduk di tandas sehingga mendedahkan aurat bahagian pahanya. Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa rakaman di tandas itu tidak manis dipaparkan.

Kata netizen lagi, aurat lelaki sememangnya selepas lutut sahaja tetapi bukannya menutup lutut sebaliknya mendedahkan bahagian paha. Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen meminta video itu dipadam sebelum penyanyi rap itu dikecam teruk oleh netizen.

Pun begitu, Caprice tidak berdiam diri malah membalas salah satu daripada komen berkenaan dengan memberitahu dia cuba untuk nampak 'real'.

"Hahah damn we tried our best to make it real (kami cuba untuk nampak seperti berada dalam keadaan sebenar)," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi muat naik terkini di Instagram, memaklumkan dia telah disahkan positif C0V1D.

"Selepas 2 tahun selamat dari C0V1D, akhirnye kene jugak... Alhamdulillah.. Cap dah demam 2 hari... Sebab demam makin teruk I decided to do 1 test last night which came out positive.. Did a 2nd test pun positive...

"High fever, heavy coughing, blocked nose, should I go to the hospital? Or sape2 ade exeprience dgn C0V1D, ape yang Cap boleh amalkan dari rumah? 😔🙏 InsyaAllah," tulisnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan isterinya sedang sakit gara-gara buatan orang iaitu mengalami gangguan sihir dan masih mencari tempat untuk berubat. Malah, Caprice turut meminta bantuan ramai bagi mengubati penyakit misteri itu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: