01 June 2022

DIKECAM BERJOGET SAMBIL KARAOKE, DAKWA JADI PUNCA BERCERAI - INI RESPON MAK WAN LATAH



"Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaraoke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah? Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri. Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu.


"Hati kita jangan hitam... Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai. Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir," itulah kata pelakon Mak Wan Latah selepas dirinya menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya sedang berkaraoke sehingga menerima kecaman ramai.

Susulan video tersebut, ada netizen mendakwa perbuatannya itu mungkin menjadi punca pelakon itu diceraikan suami. Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan berkata, karaoke merupakan salah satu cara dirinya untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon drama '7 Hari Mencintaimu 3' ini turut memohon kepada netizen supaya tidak cepat meletakkan hukum atau mudah memberi kecaman. Tegasnya lagi, perceraian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap buruk tentang dirinya.

Terdahulu, Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Namun begitu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: