02 June 2022

ELISYA SANDHA MELOMPAT KETIKA DEDAH JANTINA ANAK - RAMAI LUAH RASA RISAU



Dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada 16 Jun, pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy telah mengadakan majlis baby shower, baru-baru ini. Video gender reveal itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik suasana ketika majlis itu berlangsung.


Sebaik sahaja mendapat tahu bakal menimang cahaya mata perempuan, Elisya dilihat melompat kegembiraan. Namun, reaksi Elisya itu menimbulkan rasa bimbang netizen apatah lagi pelakon itu sedang sarat hamil.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi nasihat kepada pelakon itu tidak terlalu lasak kerana bimbang akan kandungannya itu. Bagaimanapun, ada netizen mengatakan mungkin pelakon itu terlalu gembira.

Turut menjadi perhatian reaksi ibu mentua Elisya iaitu pelakon dan penerbit Sheila Rusly yang turut melompat gembira bakal menimang cucu sulung perempuan tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: