02 June 2022

ELYANA KECEWA DITUDUH MENIPU SAKIT KANSER: "KITA YANG ULANG-ALIK HOSPITAL... MEREKA TAK TAHU STRUGGLE SAYA..."



"Saya memang rasa kecewa sebab saya sudah sakit lebih 10 tahun. Kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah sebab tak ada siapa yang dapat hantar.Saya anggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tak tahu struggle saya macam mana.


"Bagi saya, saya tak akan menipu mengenai sakit. Tak mungkin, sebab setiap kata itu adalah doa," demikianlah ujar penyanyi Elyana yang mendedahkan bahawa ada segelintir pihak dan rakan-rakan karibnya telah menyebarkan dakwaan bahawa dia menipu mengenai kanser limfoma yang dialaminya.

Sebelum ini, kita dikhabarkan dengan satu berita gembira daripada Elyana yang memaklumkan bahawa dia telah disahkan bebas kanser setelah 11 tahun menderita penyakit itu.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu bagaimanapun tidak mengambil pusing dan menganggap mereka itu tidak memahami 'penderitaan' yang dialaminya sebelum ini.

Namun, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal berkata, dia telah pun memaafkan semua pihak yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan buat orang di luar agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: