06 June 2022

INI JAWAB LEONA BILA DIDAKWA 'INTERN' DI AIRASIA SEBAB KABEL ATUKNYA - WARGAMAYA PERTAHANKAN ANAK AZHAR SULAIMAN



"Saya beritahu datuk tentang latihan industri tersebut selepas saya dapat masuk," itulah jelas pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang tampil menjawab dakwaan segelintir wargamaya yang berpendapat kemasukannya sebagai pelatih industri di syarikat penerbangan popular AirAsia adalah kerana adanya 'kabel'.


Seperti yang diketahui umum, atuk Leona iaitu Datuk Pahamin Abdul Rajab merupakan Pengasas Bersama serta bekas Pengerusi AirAsia Berhad. Menurut Leona, dia menafikan dakwaan menggunakan 'kabeľ' untuk menjalani latihan industri di syarikat penerbangan tersebut. Leona menjawab dakwaan tersebut dengan satu hantaran video di laman TikToknya.

Difahamkan, Leona baru sahaja tiga hari memulakan latihan industri di syarikat penerbangan berkenaan dan banyak menghasilkan video-video TikTok untuk kegunaan laman sosial rasmi @airasiasuperapp.

Dalam pada itu juga, ramai wargamaya turut mempertahankan Leona dengan menyatakan kemasukannya adalah rezeki dan sememangnya gadis berusia 20 tahun itu layak kerana kebijaksanaannya.

Klik untuk gambar besar



Malah, Azhar sendiri pernah berkongsi keputusan cemerlang Leona yang memperoleh 7A dan 1B+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020.

"Sebenarnya dia beauty with a brain. Kalau dia takintern kat company atuk dia pun company lain will accept her dengan besar hati." - "Mungkin ada yang lupa, Leona memang bijak dalam pelajaran."

"Pada pendapat aku,,, kalau aku jadi orang yang kena pilih pekerja… leona ni salah satu calon yang kuat lah… satu aku fikir dia popular sesuai dengan skop kerja." - "Punya la pandai Leona ni, boleh cakap dia pakai kabel."



"Bukan Leona rugi apa pun. Jangan layan Leona. Mereka berdosa sebab fitnah kamu." - "I think korang kena start tengok youtube si leona ni kot baru tahu perangai sebenar leona. dia memang pure humble and boleh dikatakan jujur."

"Tanpa kabel masa spm dia dapat banyak A kot dalam SPM. So why not ifdia success atas usaha sendiri," antara komen-komen wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan oleh warga TikTok.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: