06 June 2022

"SYUKUR AKHIRNYA TERCAPAI" - USOP TAK SANGKA MAMPU MILIKI KERETA MEWAH JENAMA MERCEDES-BENZ



"Saya sudah lama pasang impian mahu memiliki kereta seperti itu. Selama ini saya hanya tengok atas jalan raya orang lain memandu kereta tersebut. Kebetulan ada orang mahu membeli kereta lama saya dan dapatlah duit itu digunakan sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta baharu ini.


"Syukur akhirnya impian tercapai! Selepas ini saya mahu membeli rumah sendiri pula. Saya anggap ini semua rezeki selepas berkahwin," ujar penyanyi Usop yang meluahkan rasa syukur apabila impian memiliki kereta mewah idamannya iaitu Mercedes-Benz AMG akhirnya tercapai.

Berkongsi rasa gembira menerusi laman Instagram, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berkata dia sendiri tidak menyangka mampu memiliki kenderaan itu di usia yang masih muda.

Kata penyanyi lagu 'Lenyap' ini, kereta dianggarkan berharga lebih RM100,000 itu dibeli sejak April lalu. Menyedari komitmen memiliki kenderaan mewah sebegitu adalah tinggi, Usop berkata dia sudah bersedia dengan wang simpanan supaya tidak membebankan dirinya pada masa akan datang.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang ini apa sahaja yang saya nak buat tak boleh hanya fikir diri sendiri sebab sudah berkahwin. Saya harus utamakan isteri dan keluarga. Apa lagi saya bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

"Saya tahu komitmen hidup semakin tinggi, jadi saya sudah siapkan simpanan wang pelaburan untuk digunakan di masa akan datang. Saya juga tidak boleh terlalu demand dalam menerima tawaran kerja. Apa sahaja tawaran yang datang saya terima," tuturnya.

Untuk makluman, Usop mendirikan rumah tangga dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu dan mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama pada penghujung Mac lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: