07 June 2022

LAGU 'GATAL' DAPAT PERHATIAN PSY - JANNA NICK AKUI GEMBIRA SANGAT, AEPUL LUAH SYUKUR



"Memang gembira sangat-sangat. Itu saja cara saya nak gambarkan perasaan saya sekarang ini. PSY kot... Siapa yang tak gembira superstar dunia macam dia pilih lagu kita? Lepas tu dia promote pula di Instagram yang ada pengikut berjuta-juta. Siapa tak suka?.


"Alhamdulillah tak sangka 'Gatal' dapat perhatian sampai ke sana (Korea). Pengalaman baharu untuk saya sebagai pencipta. Plus, it was a great job from Janna dan juga marketing team dia," tutur pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick.

Sejak lagu single nyanyian Janna Nick berjudul 'Gatal' dilancarkan pada Februari lalu, lagu itu menjadi perhatian sampai ke luar negara. Nampaknya, lagu ciptaan vokalis Drama Band, Aepul Roza itu mempunyai kekuatan tersendiri hingga melekat di telinga pendengar.

Klik untuk gambar besar



Terbaru, hangat diperkatakan apabila lagu 'Gatal' itu turut mendapat perhatian superstar antarabangsa iaitu PSY. Memetik portal BOOM!, Janna mengakui gembira dan teruja apatah lagi superstar dunia memilih lagunya itu dalam masa sama mempromosikan lagunya.

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut iaitu Aepul turut meluahkan rasa syukur lagu ciptaannya itu didengari sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Alhamdulillah tak sangka 'Gatal' dapat perhatian sampai ke sana (Korea). Pengalaman baharu untuk saya sebagai pencipta. Plus, it was a great job from Janna dan juga marketing team dia," katanya. 



KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON 

VIDEO 1


VIDEO 2





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: