24 June 2022

"RAKYAT MALAYSIA INI MEMANG BERHATI MULIA..." - AMYRA ROSLI BERSYUKUR ANAK KINI SUDAH BERANSUR PULIH



"Saya sangat terharu waktu buat hantaran di media sosial sebelum ini sebab semua netizen tak putus-putus mendoakan Aryssa. Jadi, saya pun rasa sebak sebab tak semua yang mendoakan itu saya kenal.


"Rakyat Malaysia ini memang berhati mulia sebenarnya. Bila kita ada masalah atau ditimpa musibah mereka akan sama-sama mendoakan.

"Pada saya netizen ini adalah kekuatan untuk kami sebagai selebriti," kata pelakon dan pengacara, Amyra Rosli, 31, yang terharu apabila mengenangkan sokongan daripada peminat dan mengakui mereka adalah sebahagian daripada sumber kekuatannya.

Amyra meluahkan rasa itu disebabkan mereka tidak jemu mendoakan kesihatan anak keduanya, Ayra Aryssa, 2, ketika dijangkiti penyakit Kawasaki sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Mengulas lanjut berkenaan kesihatan anaknya, Amyra bersyukur apabila keadaan anaknya itu kini sudah beransur pulih walaupun masih perlu mengambil ubat.

"Selepas dia dijangkiti penyakit itu, kami kena pantau keadaan jantung dia. Tetapi baru ini masa pergi buat pemeriksaan, doktor kata okay cuma masih perlu ambil ubat selama tiga bulan.

"Tapi keadaan dia sekarang memang nampak baik saja. Kulit dia pun dah okay dan tak ada merah-merah lagi," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: