27 June 2022

RASHIDI ISHAK PERNAH BUKA HATI UNTUK WANITA LAIN, NAMUN LEBIH SELESA HIDUP MENDUDA



"Jujur saya katakan, saya pernah keluar dengan beberapa orang wanita selepas bercerai. Ketika itu saya fikir mungkin perlu tunjuk diri masih menarik. Setiap orang yang bercerai pasti akan ada rasa ingin memiliki orang lain dalam diri. Tetapi apabila saya sendiri melaluinya, saya sedar bahawa bukan itu yang saya mahukan.


"17 tahun saya dalam alam perkahwinan sebelum ini... untuk kembali mendirikan rumah tangga mungkin tidak," itulah kata pelakon Rashidi Ishak yang mengakui pernah cuba mengenali beberapa wanita lain namun memberitahu hubungan tersebut tidak pernah menjadi dan kini lebih selesa hidup bersendirian.

Selepas bercerai dengan aktres Vanidah Imran pada 2018, Rashidi, 49, berkata, fasa mengenali wanita lain membuatkan dirinya sedar bahawa hubungan cinta bukan lagi keutamaan dalam hidupnya kini.

Pun begitu kata Rashidi, meskipun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kehadiran wanita lain dalam hidupnya namun dia mengakui berasa takut untuk memberi komitmen baharu dalam hubungan lebih serius.

Klik untuk gambar besar



Pelakon drama 'Kampung People' ini memberitahu ketika ini fokusnya adalah kepada kerjaya seni selain aktiviti harian yang boleh membuatkan dirinya berasa seronok dan tenang.

"Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini, mungkin juga rasa takut. Masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan kerja. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, saya akan menulis atau bermain muzik. Setakat ini, itu yang memberi keseronokan kepada saya," ujarnya.

Untuk makluman, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama Vanidah pada Oktober 2000, sebelum bercerai pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata itu Mikhail Imran dan Mariam Rashika.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: