27 June 2022

GENAP SEMINGGU - SHARNAAZ AKUI HANYA LERAIKAN PERGADUHAN, TAK BOLEH LIHAT ORANG DITINDAS



"Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bertengkar kerana tidak dibenarkan membawa masuk minyak masak. Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.


"Di sini saya menegaskan saya tidak memijak atau menendang perut individu berkenaan ataupun mencekik dan menumbuknya. Itu semua karut dan saya yakin saya tidak buat," demikianlah jelas pelakon Sharnaaz Ahmad yang akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung isu dirinya didakwa melakukan kekerasan terhadap penghuni di sebuah kondominium di Segambut baru-baru ini selepas genap seminggu dibebaskan daripada tahanan reman.

Sharnaaz menegaskan dia yakin dirinya tidak pernah menumbuk, mencekik, memijak atau menendang perut individu berkenaan seperti didakwa sebelum ini. Sebaliknya kata aktor ini, dia hanya membantu meleraikan pergaduhan antara individu tersebut dengan pengawal keselamatan yang didakwa melarang mangsa membawa masuk minyak masak.

Sharnaaz berkata, buat masa ini hanya kenyataan secara 'surface' (dasar) boleh diberikan dan dia masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah. Penjelasan ini juga katanya dibuat atas nasihat peguam dan pihak polis selepas genap seminggu dia dibebaskan daripada tahanan reman.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu turut menyeru kepada orang ramai untuk tidak menghukum atau menghakimi tanpa bukti kukuh.

"Saya bukan hendak cakap saya baik atau bagus, cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah jangan terus membuat konklusi apabila ada orang masuk reman. Pihak polis telah memberikan kerjasama dan begitu juga daripada saya. Semoga perkongsian ringkas dan padat ini dapat menjernihkan keadaan ini," katanya.

Pada 20 Jun lalu Sharnaaz dibebaskan daripada tahanan reman selama tiga hari selepas didakwa terlibat dalam insiden kekecohan di sebuah kondominium di Segambut.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: