05 June 2022

SHILA AMZAH SEDIH, TERKILAN DIHINA KERANA STATUS JANDA



"Selepas bergelar janda sebenarnya saya dapat banyak DM (mesej peribadi) yang tak best daripada netizen iaitu seperti sudah ada stigma tak baik pada orang yang bercerai. Siapa yang kahwin nak bercerai? Mereka kena hentikan lah untuk menuding cari pada orang yang bercerai ni adalah jahat.


"Saya sedih dan terkilan kerana lebih-lebih lagi yang cakap tu bukan lelaki tetapi kaum wanita. Sebagai seorang wanita saya malu dan saya harap mereka boleh fikir balik apa yang mereka cakap.

"Terus-terang bila kata-kata ini sampai kepada saya ia buatkan saya susah untuk pulih selepas bercerai," demikianlah tutur penyanyi Shila Amzah yang mendedahkan selepas bercerai dia telah dihina oleh netizen dengan stigma yang tidak baik hanya kerana berstatus janda.

Shila atau nama sebenarnya Nurhsahila Amir Amzah, 31, berkata dia sedih dan kecewa kerana status itu dilihat menjadi satu imej yang buruk buat seorang wanita.

Klik untuk gambar besar



Mengulas lanjut mengenai kehidupannya kini selepas berstatus ibu tunggal kepada seorang anak sejak empat bulan lalu, Shila akui ia dapat diurusakan dengan baik.

"Pun begitu, saya boleh kata kehidupan saya sekarang selepas bercerai lebih baik dan saya juga dapat urusakan anak dengan mudah. Malah saya juga bersyukur kerana dapat focus kembali dalam kerier seni," tambahnya lagi.

Untuk makluman, Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: