05 June 2022

"IA SATU PROSES YANG MELECEHKAN..." - SUAMI JASMIN HAMID ENGGAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG?



Meskipun ada segelintir netizen yang menabur fitnah terhadap dirinya di media sosial, suami kepada pelakon Jasmin Hamid iaitu Nazmir Abd Rahim enggan mengambil tindakan undang-undang.


Ini kerana menurut Nazmir, proses saman merupakan satu proses yang rumit dan tambahan pula, komen-komen tersebut masih lagi boleh diterima dan tidak bersifat mengaibkan.

"Mungkin orang tengok kami ambil tindakan seperti saman, tetapi ia satu proses yang melecehkan dan bukanlah satu hal yang senang. Tambahan pula, tujuan saya memuat naik komen-komen negatif itu adalah sebagai peringatan dan pelajaran kepada semua.

"Sebab zaman sekarang, mereka cukup berani untuk melepaskan benda-benda negatif di mediasosial artis. Ibaratnya, mereka jadikan ruangan komen sebagai tong sampah, sesuka hati buang apa yang mereka mahu," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai komen-komen netizen yang menuduh dirinya sebagai punca Jasmin terkena serangan jantung dan terpaksa dikejarkan ke hospital, Nazmir berkata, selagi komen-komen itu tidak memberi kesan yang teruk, dia akan berdiam diri dan berharap agar si pelaku insaf.

Klik untuk gambar besar



"Mulut orang, kita tak boleh tutup... jadi, asalkan apa yang mereka cakap tu masih tidak keterlaluan, kami diamkan sahaja. Lainlah kalau macam kes seorang netizen yang pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anaknya dahulu... kes seperti itu kita pertimbangkan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sesi siaran langsung yang dilakukan oleh Jasmin di TikTok ketika masih di hospital, Nazmir berkata, barangkali dia berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan juga keluarga.

"Sebenarnya doktor dah nasihatkan dia supaya berehat dan jangan banyak cakap. Saya pun tak pasti kenapa dia buat live di TikTok tempoh hari. Mungkin dia berbuat demikian untuk pertahankan saya dan juga keluarga," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Jasmin yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh itu sudah dibenarkan pulang semalam.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: