06 June 2022

"INSYA-ALLAH TAHUN INI" - SHAHIR BAKAL AKHIRI ZAMAN SOLO SELEPAS 2 BULAN KENALI CALON ISTERI



"Kami baru sahaja berkenalan dan hubungan kami berjalan lancar. Saya selesa bersama dia dan kami sama-sama mahu ke fasa seterusnya. Memang tidak jangka akan berkahwin, tetapi saya anggap usia sekarang ini sudah sesuai untuk menuju ke arah itu. InsyaAllah tahun ini.


"Aturan Allah kita tidak tahu. Setakat ini belum ada tarikh, hanya merancang sahaja," itulah kata penyanyi Shahir Zawawi yang berkongsi dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang baru dikenali sejak dua bulan lalu.

Menurut Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, perancangan untuk berkahwin adalah suatu yang tidak dijangka dan dia selesa memilih wanita tersebut sebagai calon isteri walaupun tempoh perkenalan agak singkat.

Mengenai bakal isterinya, Shahir memberitahu wanita berkenaan bukanlah seorang yang terlibat dalam industri seni dan dia sudah menitipkan pesanan awal buat bakal isterinya itu terutamanya perhatian peminat yang akan diterima selepas berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Shahir memberitahu dia akan berkongsi berita gembira ini apabila tarikh perkahwinan mereka sudah hampir nanti.

"Dia boleh faham dengan perjalanan dunia seni dan boleh sesuaikan diri. Semestinya jika sudah dekat tarikh perkahwinan nanti saya akan beritahu kepada semua. Tidak mahu pula timbul fitnah jika ada yang nampak saya bersama seorang wanita," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang perjalanan seni, juara program Hijrahkan Laguku ini memberitahu dia menerima tawaran menyanyi selepas memenangi program tersebut.

"Syukur tawaran dalam dunia seni berjalan lancar. Sepanjang bulan Ramadan lalu banyak tawaran untuk mengaji kerana mengikut kesesuaian. Saya baru sahaja tampil dengan lagu duet bersama Mawi berjudul Qasidah Untuk Qamila. Sementara itu untuk lagu solo masih dalam perancangan," jelasnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: