02 June 2022

SUAMI NAFI JASMIN HAMID DITIDURKAN: "SAYA TEGASKAN JASMIN KENA SERANGAN JANTUNG, TAK ADA KENA MENGENA DENGAN C0V1D"



"Isteri saya stabil dan dia tidak ditidurkan. Dia sedang berehat di hospital selepas doktor memberikannya ubat cair darah. Pihak doktor juga memaklumkan isteri saya perlu berehat selama lima hari. Dari situ, baru diberikan keputusan sama ada dia perlu berehat lebih lama atau terus sambung kerja," jelas suami kepada pelakon Jasmin Hamid iaitu Nazmir Abd Rahim yang memaklumkan mengenai keadaan terkini isterinya itu.


Setelah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung pada Selasa, Nazmir memberitahu Jasmin kini berada dalam keadaan yang stabil dan sedang berehat di Unit Rawatan Koronari, Hospital Sungai Buloh, Selangor. Malah, dia juga turut menafikan khabar angin yang mengatakan Jasmin kini sedang ditidurkan.

Dalam masa sama, suami Jasmin turut menegaskan isterinya mengalami serangan jantung dan bukan disebabkan virus C0V1D. Menurut Nazmir yang juga pengurus kepada Jasmin, doktor memaklumkan salah satu faktor serangan jantung itu disebabkan kadar kolestrol dalam badan isterinya tinggi.

"Saya nak tegaskan yang Jasmin kena serangan jantung, tak ada kena mengena dengan C0V1D. Memang dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, tapi bukan sebagai pesakit C0V1D... dia menerima rawatan untuk masalah jantung yang dihadapi. Ini kali pertama Jasmin kena serangan jantung.

Klik untuk gambar besaraa



"Mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya kadar kolestrol dalam badannya tinggi. Sekali lagi saya tegaskan, bukan sebab C0V1D," jelas Nazmir yang sebelum ini memuat naik status di laman Instagram memberitahu isterinya sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) sebuah pusat perubatan akibat serangan jantung.

Menerusi perkongsian itu, dimaklumkan bahawa tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung.

Dalam pada itu, Nazmir berkongsi detik cemas ketika isterinya mengadu sakit dada dan kedua-dua lengan serta dagu menjadi kebas sekitar pukul 3 pagi, Rabu. Bagaimanapun, Nazmir tetap bersyukur kerana penyakit itu dapat dikesan awal dan menerima rawatan yang sepatutnya.

"Isteri saya diserang sakit jantung sekitar pukul 3 pagi, Rabu. Masa itu, dia mengadu dada rasa sempit, kedua-dua lengan tangan rasa kebas dan dagu pun rasa kebas. Jadi, saya terus bawa ke klinik untuk jalani pemeriksaan dan doktor rujuk ke hospital untuk rawatan sakit jantung.


"Alhamdulillah keadaan dia dah nampak okay walaupun masih lemah. Saya bersyukur sebab dapat tahu awal masalah jantung yang isteri alami," ujarnya mendirikan rumah tangga bersama Jasmin November tahun lalu.

Tambah Nazmir lagi, pada awalnya dia menyangka isterinya itu hanya mengalami serangan asma namun, setelah mendapatkan rawatan di klinik, pihak doktor mengesahkan isterinya itu mengalami masalah di bahagian jantung. Pada masa sama, Nazmir akui lega setelah melihat perkembangan terkini isterinya itu.

"Mula-mula dia mengadu tak sedap badan dan berpeluh dengan banyak. Kami ingatkan dia terkena serangan asma kerana dia memang ada masalah tersebut. Bagaimanapun, bila ke klinik, bacaan ECG menunjukkan yang dia mempunyai masalah jantung. Justeru, dia terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah, sekarang dia sudah stabil dan berharap agar dia akan kembali seperti sedia kala. Harap doakan ya," katanya.

Sejak pagi semalam, netizen serta rakan selebriti turut meluahkan rasa risau selepas menerima perkhabaran yang menimpa pelakon drama '7 Hari Mencintaiku 3' itu. Kesemua mereka juga mendoakan semoga Jasmin diberikan kekuatan dan kembali sembuh seperti sedia kala.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: