09 June 2022

"TIBA MASA JAGA KESIHATAN..." - ADIBAH NOOR KAWAL PENGAMBILAN MAKANAN, ENAM SUAP SETIAP KALI MAKAN



Semua sedia mengenai penampilan terkini penyanyi dan pelakon Adibah Noor, 52, yang semakin kurus selepas memuat naik gambar terbaru menunjukkan tubuhnya semakin susut. Perkongsian Adibah tersebut menjadi bualan netizen yang memuji penampilan terkininya itu.


Penyanyi yang popular dengan lagu 'Terlalu Istimewa' itu ketika dihubungi berkata, tubuhnya semakin langsing selepas dia mengawal pengambilan makanan dan kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.

Selain itu, dia turut kurang mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula. Tambah Adibah, dia nekad untuk lebih menjaga tahap kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu memandangkan usia semakin meningkat.

"Kalau dulu, nasi lemak tu tiga bungkus saya makan. Sekarang cuma satu bungkus. Saya ambil makanan yang dimasak segar dan tak guna makanan diproses atau dalam tin.

"Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya," kata Adibah yang memberitahu, kesedaran itu datang daripada diri sendiri dan bukannya disebabkan dia kini mengalami masalah kesihatan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: