09 June 2022

DIRAWAT DI HOSPITAL SELEPAS ALAMI BATUK BERKAHAK - ANAK NAFI HAMID GURKHA MASUK ICU



Selepas mengalami batuk berkahak, sejak malam tadi, pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, difahamkan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pagi tadi. Anak bongsunya, Nor Ashita bagaimanapun menafikan bapanya tenat hingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).


Jelas Nor Ashita, bapanya stabil dan kesihatan terkawal. Dalam masa sama, Nor Ashita berkata, kakaknya, Nor Azian sedang berada di HTAR untuk menguruskan segala keperluan.

"Terkejut apabila dapat tahu ada rakan artis dimaklumkan bapa berada di ICU. Sebenarnya, bapa saya cuma batuk berkahak sejak malam tadi. Jadi, kira-kira jam 6 pagi tadi, bapa minta kami bawa ke HTAR. Ketika itu, bapa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan diberi pemerhatian termasuk bekalan oksigen.

"Cuma selepas dirawat, doktor yang memeriksa dan memantau beritahu bapa perlu ditahan dalam wad. Ketika ini, bapa sedang menunggu dimasukkan ke wad biasa. Dengan keadaan semasa negara, pelawat tidak dibenarkan masuk. Bapa faham dan dia okay sendirian. Bapa pun rimas batuk berkahak membuatkan dia cepat penat," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pada 11 Mei lalu, Pak Hamid dilaporkan wang masih kuat dan mampu berdikari pada usia mencecah 90 tahun, malah menjadi sumber kekuatan isteri dan anak-anak. Sebelum ini, Pak Hamid pernah disahkan positif C0V1D, namun, pulih.

Isterinya, Timah Abdul Hamid, 80 atau Mak Timah dilaporkan berkata, jati diri sebagai bekas anggota tentera, menjadikan Hamid yang mesra disapa Pak Hamid, tidak putus asa walaupun semakin uzur. Sebelum ini, Pak Hamid pernah disahkan positif C0V1D, namun, pulih.

Timah berkata, sama ada solat, berjalan di laman rumah, makan atau ke bilik air, semuanya Pak Hamid mahu lakukan sendiri, namun, dia dan anak-anak tetap memantau dan membantu.

Tambahnya, Pak Hamid hanya sakit C0V1D dan sakit tua. Tetapi dalam keadaan sakit pun boleh ke bilik air sendiri, hendak dipimpin dia tak bagi walaupun selalu jatuh tersungkur.


Ketika ditemuramah, Pak Hamid dilaporkan bersyukur masih ramai mengingati, menziarahi dan mendoakan kesihatan dirinya. Walaupun mempunyai masalah pendengaran, Pak Hamid dapat menjawab pertanyaan wartawan dengan baik dan ceria.

"Kalau raya, saya makan saja apa yang dimasak isteri dan anak-anak. Semua makan, tiada makanan kegemaran khas. Apa yang saya hendak makan, saya makan. Alhamdulillah, saya sihat. Boleh bangun, boleh berjalan, boleh solat. Ramai juga datang beraya tetapi saya tidak pergi beraya... Doakan saya iya," katanya mengakhiri perbualan.

Untuk makluman, Pak Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia. Pak Hamid juga dikurniakan 32 cucu.

Pak Hamid kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019. Dilaporkan, anak-anak tidak menggalakkan Pak Hamid berlakon berikutan masalah pendengaran biarpun penglihatan pelawak ini masih baik untuk membaca skrip.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: