01 June 2022

USTAZ KAZIM ELIAS: "SIAPA YANG TAK PERCAYA ILMU SIHIR, MAKNANYA DIA TOLAK AL-QURAN, DOSA BESAR & JATUH MURTAD"



"Tak sangka, seorang ustaz boleh percaya disihir, aku yang jahil ini 100 peratus tak percaya," komen seorang individu yang mempersoalkan tindakan pendakwah selebriti terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias bercerita kepada umum tentang keadaan dirinya yang menjadi mangsa sihir, selain berkata adalah tidak wajar golongan agamawan untuk mempercayai percaya perbuatan sihir.


Ustaz Kazim dalam temubual esklusif bersama Kosmo semalam berkata, mereka yang tidak mempercayai sihir bermakna jatuh murtad. Menyelar kata-kata individu itu, Ustaz Kazim menjelaskan perbuatan sihir telah dijelaskan di dalam Al-Quran serta hadis dan kewujudannya adalah benar.

"Siapa yang tidak mempercayai ilmu sihir, maknanya dia menolak al-Quran, dosa besar dan jatuh murtad. Siapa yang tak percaya adanya sihir, kafir, kerana perkara itu disebut oleh Allah dalam al-Quran," katanya.

Klik untuk gambar besar



Baru-baru ini, Ustaz Kazim mengejutkan ramai apabila mendedahkan mengenai penyakit misteri dihidapinya. Menurut Ustaz Kazim, penyakit misteri dihidapinya itu menyebabkan kulit wajah, kaki, perut dan beberapa bahagian lain menjadi kehitaman serta mengeluarkan darah. Dedah beliau lagi, beliau telah diserang penyakit berkenaan sejak tahun 1997.

Terdahulu, menerusi program MeleTOP, Ustaz Kazim mengejutkan ramai apabila membuang makeup di muka serta menunjukkan kesan penyakit yang dihidapi di kaki.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: