01 June 2022

MASUK CCU SELEPAS ALAMI SERANGAN JANTUNG - SUAMI MOHON DOAKAN KESEMBUHAN JASMIN HAMID



"Assalamualaikum semua. Saya suami kepada Jasmin ingin memberi tahu keadaan terkini isteri saya. Sekarang ini, beliau berada di wad CCU dan bukan ICU kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.


"Keluarga beliau memang ada sejarah jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung.

"Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin. Moga Allah angkat doa kita semua untuk isteri saya Jasmin Hamid di panjangkan usianya dan sihat kembali..

Demikianlah tulis suami kepada Jasmin Hamid, Nazmir Abd Rahim menerusi laman Instagram milik pelakon itu awal pagi tadi dimana dia memaklumkan isterinya telah dikejarkan ke wad kecemasan semalam selepas disyaki mengalami masalah jantung.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai keadaan terkini isterinya, Nazmir memberitahu Jasmin mengalami tekanan darah dan degupan jantung agak rendah. Menurutnya, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.

Katanya lagi, Jasmin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ini merupakan serangan jantung pertama kalinya berlaku. Dalam pada itu, Nazmir memaklumkan keluarga isterinya mempunyai sejarah kesihatan berkaitan jantung serta memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat pelakon itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa terkejut selain turut mendoakan dan memberikan kata-kata semangat buat Jasmin.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: