31 May 2022

IMPIAN BERTEMU WANITA SEIRAS ARWAH ANAKNYA, SITI SARAH TERCAPAI - ISTERI BERI KEJUTAN HARI LAHIR, RAISUDDIN TERGAMAM



Sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, impian pelakon veteran Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah tercapai apabila dia dipertemukan dalam majlis tersebut.


Menerusi perkongsian di laman Instagram, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.

Dalam rakaman video berdurasi dua minit itu, Raisuddin dilihat terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir serupa dengan arwah. Malah, rata-rata netizen turut bersetuju mengenai perkara itu dan memberitahu wajah Emy seiras dengan penyanyi lagu Kesetiaan itu.

Klik untuk gambar besar



"Ya Allah memang sama. Saya menangis tengok video ni. Allahuakbar sedihnya terlalu rindu arwah. - "Saya menangis masa Makder (nama panggilan Fatimah) cakap tapak tangan dia sama. - "Nampak sangat kerinduan di wajah ayah arwah. Anak arwah Uwais pun mampu tengok saja," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0V1D.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan. Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: