Segala jalan kita di dunia ini telah ditentukan Allah S.W.T. Namun masih ada masyarakat yang berfikiran cetek serta tidak sensitif apabila berkaitan dengan hal tersebut.
Seperti baru-baru ini, tular di platform media sosial seorang bayi bernama Ayla Summer Mucha didiagnosis bilateral microstomia iaitu kecacatan kongenital dimana ia menjejaskan fungsi rongga mulut.
Bayi terbabit digelar oleh warganet sebagai baby permanent smile dan kini sedang popular di platform TikTok. Malah, individu-individu yang meninggalkan komen seperti itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan kerana berkata bayi tersebut adalah 'Joker' sebenar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang apabila membaca komen-komen negatif terbabit dan menganggap inilah sebab utama sesetengah selebriti di Malaysia enggan menunjuk wajah anak mereka di media sosial.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment