31 May 2022

CAPRICE DEDAH LALUI PELBAGAI DUGAAN KAHWIN SEJAK 7 BULAN LALU: "SUDAH BEBERAPA KALI USTAZ DATANG UBATKAN ISTERI"



"Sudah beberapa kali ustaz datang mengubatkan isteri. Baru-baru ini ada pula tiga individu yang berani menelefon di tengah malam dan mengganggunya. Secara jujur saya sudah penat berdepan dengan semua ini.


"Mana lagi mahu menghadap bisnes yang diusahakan dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, selepas itu hendak sambung hadap benda bukan-bukan sehingga 4 pagi pula. Tidak tahu berapa ramai yang tidak berpuas hati dengan isteri. Saya perlukan bantuan," ujar penyanyi rap, Caprice.

Pada 15 November tahun lalu, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun.

Dalam pada itu, Caprice juga berkata yang dia menyangka ujian selepas melayari bahtera perkahwinan lebih berat berbanding dulu. Tambahnya lagi, disebalik senyuman, mereka telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran hidup sejak tujuh bulan lalu.

"Sebelum ini saya menyangka selepas kahwin ujian pasti akan berkurangan berbanding dulu. Disebalik semua senyuman, 'filter' dan video yang dimuat naik, sebenarnya untuk tujuh bulan yang lalu saya melalui banyak perkara baru. Bukan itu saja, malah dalam pada itu saya harus membantu isteri berdepan perkara-perkara begini," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: