31 May 2022

MAHKAMAH BEBASKAN DA'I SYED DARIPADA DUA PERTUDUHAN JENAYAH SEKSUAL



Hari ini, pendakwah selebriti, Da'i Syed telah dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.


Hakim Jamaludin Mat memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal daripada kedua-dua pertuduhan berkenaan.

"Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pada 10 Disember 2020, Da'i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Da'i Syed didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: