31 May 2022

MAWAR KARIM DIDAKWA SUDAH BERKAHWIN TIGA BULAN DENGAN DATUK Z, MALAH BERMADU?



"Mereka (Mawar Karim dan Datuk Z) dah kahwin tiga bulan lalu. Mawar bermadu," demikianlah kata sumber yang mendakwa usahawan tudung, Mawar Karim sudah pun berkahwin dengan ahli perniagaan asal Perlis yang dikenali sebagai Datuk Z itu tiga bulan lalu.


Sebelum ini tular video yang mendedahkan pasangan itu sudah berkahwin Di Bukit Tinggi, Pahang selain wajah suami Mawar turut diperkenalkan. Turut disertakan dengan pendedahan itu beberapa keping gambar usahawan itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka.

Mawar, 33, yang ditemui pada Majlis Perasmian Lana's Bakery Land di Petaling Jaya, semalam bagaimanapun menafikan perkara itu. Menerusi laporan Harian Metro, sumber itu juga turut memberitahu Mawar hadir pada majlis berkenaan bersama suaminya.

Menurut ibu kepada seorang anak perempuan, Wan Maryam perancangan untuk berkahwin ada dan mohon doa yang terbaik. Baru-baru ini, Mawar mengakui sedang bercinta serta mengenali hati budi seorang ahli perniagaan serta merancang untuk berkahwin tahun ini.

Klik untuk gambar besar



"Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari.

"Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kongsi cerita peribadi di media sosial. Saya kongsi kerjaya saja," tuturnya.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu berkata ahli perniagaan itu beza lebih 10 tahun daripadanya serta boleh menerima anak perempuannya, Wan Maryam.

"Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima. Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: