24 July 2022

"ALHAMDULILLAH, SAYA SANGAT BERSYUKUR HASIL DUIT BERLAKON DAPAT BESARKAN TIGA ANAK" - KUNA MUZANI



Pelakon Kuna Muzani, 51, yang juga ibu tunggal itu meluahkan rasa syukur dan puas apabila duit hasil titik peluh dalam bidang lakonan dapat membesarkan tiga anaknya hingga masing-masing berjaya belajar ke universiti.


Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani berkata, dia akan terus aktif berlakon selagi mendapat peluang dan tawaran meskipun bukan untuk watak utama kerana faktor usia.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hasil daripada duit berlakon yang diterima selama ini dapat membesarkan tiga anak, sehingga mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.

"Dua anak lelaki saya yang berusia awal 20-an melanjutkan pengajian mereka di universiti dan seorang daripadanya sudah pun habis belajar serta mendapat ijazah. Manakala, anak gadis saya yang baru dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga akan belajar di universiti.

Klik untuk gambar besar



"Jadi, saya amat bersyukur kerana duit hasil lakonan diperoleh selama ini dapat membantu membesarkan anak-anak. Pada usia sekarang, rasanya saya pun dah tak larat sangat nak masak nasi lemak dan berniaga macam dulu lagi selain fokus berlakon," katanya.

Difahamkan Kuna pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami dikenali Rizalman dan mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 Disember 2001. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak iaitu Nik Muhamad Hakimi Rizalman, Nik Haikhal dan Elysha.

Kuna yang lebih dua dekad bergelar pelakon ini pernah dikenali dengan drama 'Nasi Kerabu Untuk Che Abe', 'Nur', 'Hati Yang Dikhianati' dan banyak lagi. Dia juga adalah adik kepada pelakon Kuza dan kakak pelakon, Kuniey juga mempunyai pertalian dengan kerabat istana Kelantan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: