03 July 2022

ANAK AZHAR SULAIMAN, LEONA SAKAN MENARI - NETIZEN LUAH RISAU, TEGUR INGAT ASAL USUL



Nampaknya nama anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan ramai dan menerima teguran apabila penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.


Menerusi video terbaru, Leona dilihat menari dengan memakai baju berwarna pink yang mendedahkan bahagian dadanya bersama skirt pendek dimana ia mencolok mata.

Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang melihat penampilannya itu yang dikatakan agak melampau. Diruangan komen, ada netizen mengingatkan Leona supaya ingat tentang asal usul. Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa bimbang melihat gadis itu terloncat-loncat menari.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat kepada Leona supaya muhasabah diri serta mendoakan agar gadis itu berubah ke arah lebih baik secara perlahan-lahan.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: