20 July 2022

BAD INDIGO TOLAK TANGGAPAN BERCERAI SEBAB ASHIRA TAK TAHAN JAGA DIRINYA



Semua sedia maklum mengenai rumah tangga Bad Indigo dan Ashira dimana ia telah pun berakhir apabila mereka mengumumkan perceraian tersebut melalui hantaran video di Instagram pada 23 Jun lalu.


Menurut Bad, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga namun mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka.

Dalam pada itu, Bad menolak tanggapan netizen yang beranggapan perceraian mereka disebabkan bekas isterinya itu tidak mahu berdepan dengan masalah kesihatannya. Jelas Bad, dia yang tidak benarkan bekas isteri untuk membantunya.

"Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri.

"Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Jelas Bad lagi, tanggapan netizen itu tidak benar sama sekali dan mungkin orang luar yang membuat tanggapan itu sebenarnya yang mahukan pengakhiran kontroversi.

"Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Netizen akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik.

"Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi. Masalahnya memang tiada. kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib.

"Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim," jelasnya.

Meskipun berdepan ujian dalam hidupnya, Bad menganggap dirinya insan bertuah serta bersyukur dengan dugaan diberikan kerana ada hikmah disebaliknya.


"Saya bersyukur dapat semua ujian ini. Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sakit, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang.

"Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya. Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru.

"Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat.

"Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda," tuturnya.

Untuk makluman, Bad dan Ashira berumah tangga pada 11 Mac tahun lalu selepas bertemu ketika menyertai musim ketujuh program realiti, Gegar Vaganza (GV7).

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: