"Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg. Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada.
"Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar, kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga," itulah kata Nur Hidayah pada sebuah video dia membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey melawat pusara arwah suaminya, Abam Bocey yang dimuat naiknya di TikTok.
Pejam celik rupanya sudah lebih dua tahun Allahyarham Abam pergi menghadap Ilahi. Sehingga kini lakonannya masih disiarkan sebagai pengubat rindu buat peminat.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri itu, Hidayah meluahkan rasa rindu pada arwah suaminya serta mengatakan Abam sentiasa dihatinya selamanya. Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat anak tunggal pelawak itu yang membesar tanpa bapa disisi.
Melihat pada video yang dikongsikan, Hidayah dilihat mencium batu nisan tertera nama arwah suaminya untuk melepaskan rindu. Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Hidayah serta mendoakan ibu tunggal itu akan terus kuat demi Hamzah.
________________________
No comments:
Post a Comment