13 July 2022

DESAS-DESUS KERETAKAN RUMAH TANGGA - INI JAWAB NOH SALLEH



Mengulas mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan selebriti Mizz Nina yang bertebaran di media sosial, penyanyi Noh Salleh berkata tidak pernah timbul isu seperti yang diperkatakan sebaliknya dia lebih fokus terhadap anak angkat mereka, Musa yang kini sudah berusia tujuh bulan.


"Entahlah... tiada komen. Korang semua kena tipu… good luck (selamat berjaya). Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul. Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita palsu," kata Noh.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan dan Mizz Nina bermasalah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

"Apabila ada anak sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak kami melakukan pemeriksaan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: