13 July 2022

TIDAK SEPENDAPAT JIKA 'CRACKHOUSE COMEDY CLUB' DITUTUP TERUS - SYAMSUL YUSOF LUAH KECEWA DENGAN FINAS



"Mungkin saya tidak sependapat untuk menutup terus Comedy Club itu (masih boleh dibincangkan) tapi amaran keras,undang2 harus diperketat & jabatan agama/pihak berwajib juga pemimpin perlu serious tangani isu berlarutan ‘menghina agama Islam ini," demikian tulis pengarah filem 'Mat Kilau' iaitu Syamsul Yusof yang tampil bersuara mengenai isu hangat berhubung penutupan Crackhouse Comedy Club.


Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penutupan Crackhouse Comedy Club yang dibantah oleh beberapa selebriti antaranya Datuk Afdlin Shauki dan Sharifah Amani.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Syamsul berkata dia tidak sependapat jika kelab komedi itu ditutup terus kerana ianya masih boleh dibincangkan.

Kata Syamsul lagi, amaran keras dan undang-undang harus diperketatkan dan pihak berkuasa perlu mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan insiden menghina agama Islam.

Dalam pada itu, Syamsul berkata dia mewakili Semboyan Malaysia bersama Ayahanda Che Ton (ACT) akan turut menfailkan laporan polis berhubung isu persenda Islam dan penutupan Crackhouse Comedy Club, hari ini.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Syamsul yang juga seorang pelakon dan penyanyi itu meluahkan rasa kecewa dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianggap tidak memperjuangkan masalah cetak rompak dan hak cipta berikutan masih terdapat filem bocor di media sosial.

Syamsul berkata isu cetak rompak adalah isu utama yang membelenggu penerbit dan industri penerbitan filem dan drama tanah air. Ujarnya, kini bukan filem sahaja dicetak rompak, malah drama juga turut dicuri. Syamsul juga berpendapat kerajaan menggubal undang-undang baru yang lebih ketat supaya dapat membendung daripada ianya terus berlaku.

"Saya kecewa dengan Finas. Terlalu banyak isu dalam industri filem ini yang entah kenapa pengerusi Finas terdahulu, malah ada yang sebelum ini terbabit dalam industri filem, tapi tidak memperjuangkan masalah atau isu besar dalam industri ini.

"Saya memang kecewa. Sebelum nak cakap masalah cukai, masalah nombor satu dalam industri perfileman kita adalah masalah cetak rompak dan hak cipta. Seharusnya Finas memberitahu kerajaan supaya menggubal undang-undang berkenaan hak cipta filem, TV dan macam-macam lagi.


"Sekarang ini drama TV pun sudah dicuri dan dimuatnaik secara haram di media sosial. Finas nak tunggu apa lagi? Sampai industri perfileman Malaysia mati? Ini kerana undang-undang yang ada sekarang ini tidak ketat dan harus diperhalusi sesuai dengan zaman sekarang," tuturnya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata Finas dikatakan memandang enteng dengan masalah dihadapi penggiat seni dan tidak berbuat apa-apa.

"Apabila ada filem-filem bocor, apa saya perasan Finas macam diam saja, seolah-olah macam langsung tidak mempedulikan. Apabila ada sesebuah filem dan drama keluar di TikTok, Finas hanya berdiam diri, tak buat apa-apa, hanya membiarkan nasib pembikin filem Melayu.

"Ini sangat penting untuk industri. Sebab itu saya bercakap soal ini, untuk jangka masa panjang. Kalau Finas bagi tahu kepada kerajaan apa perlu dibuat, apa undang-undang perlu digubal semula, ia boleh mengubah sejarah. Kalau tak kita takat ini saja," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: