"Ini betul-betul 'jodoh lebaran'," itulah antara komen netizen selepas penyanyi Adira Suhaimi memuat naik foto seorang jejaka tinggi lampai segak berbaju Melayu kuning di media sosial miliknya.
Perkongsian Adira itu mencvri perhatian ramai, sekali gus menc£tuskan tanda tanya mengenai status hatinya ketika ini.
"Sejujurnya, Alhamdulillah Adira terus pandang ke depan," ujar seorang netizen lagi.
Bagaimanapun, wajah lelaki berkenaan tidak didedahkan sepenuhnya, malah gambar mereka turut diambil secara berasingan.
Klik untuk gambar besar
Rata-rata pengikut meluahkan keterujaan dan mula membuat andaian tersendiri.
Beberapa hari sebelum Syawal, Adira turut berkongsi foto bersama lelaki sama serta anak-anaknya dari arah belakang ketika menyaksikan pertunjukan bunga api, sekali gus menambah teka-teki dalam kalangan peminat.
Untuk makluman, Adira pernah berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Selepas sembilan tahun melayari rumah tangga, penyanyi itu memfailkan perceraian pada Oktober 2023 dan disahkan berpisah pada April 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8; Asan, 7; Anggun, 6; dan Ayob, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!









No comments:
Post a Comment