"Amira kalau Pak Nil (panggilan Aznil) kirimkan duit raya untuk ibu bapa, anak-anak serta anak saudara awak boleh tak? Bagi pihak Pak Nil. Kalau awak menolak, awak seperti tolak hajat Pak Nil. Ini hajat Pak Nil.
"Pak Nil dah hantar kiriman RM3,000 untuk awak. Saya nak hari raya awak, hari raya yang gembira okay," itulah ujar pengacara dan penyampai radio Kool FM, Datuk Aznil Hj Nawawi, 64, dimana dia menyatakan hasratnya untuk membantu Amira menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna bersama keluarga tersayang.
Keikhlasan Aznil menghadiahkan RM3,000 kepada seorang pemanggil dikenali sebagai Amira menerusi segmen Pagi On Point itu telah menyentuh hati ramai termasuk Amira sendiri.
Klik untuk gambar besar
"Kalau saya menolak macam saya sombongkan Pak Nil? Saya nak cari RM30 pun sus@h sekarang. Pak Nil malam tadi saya berdoa cakap ya Allah pinjamkanlah sikit kekayaan-Mu padaku ya Allah.
"Gembirakanlah hati kami ini ya Allah. Sesungguhnya aku dengan suamiku dah habis usaha. Saya tak sangka rezeki daripada Pak Nil. Tak pernah terfikir," kata Amira yang turut menjelaskan, dia dan suami sebelum ini telah berusaha sebaik mungkin untuk menambah pendapatan, namun masih belum mencukupi terutama menjelang hari raya.
"Saya dengan suami dah berusaha habis untuk kami dapatkan sumber pendapatan yang lebih. Suami saya kerja beberapa tahun tak ada bonus, kami pula baru pindah. Saya mengikut suami untuk dia berada dekat dengan kedua ibu bapanya.
"Lagi berapa hari nak raya, saya dengan suami saling berpandangan. Kami nak cakap apa pun tak tahu," jelasnya yang memberitahu, walaupun tidak menganggap diri mereka terlalu sus@h, dia dan suami tetap mempunyai keinginan untuk memberi kepada keluarga, namun keadaan kewangan membataskan hasrat tersebut.
"Kami bukanlah sus@h mana tapi kami ada rasa nak memberi, untuk sedekah. Macam mana nanti adik-beradik yang lain salam mak ayah ada bagi sampul (duit). Saya tahu suami nak memberi sebab dia seorang yang baik. Dia ada rasa tanggungjawab. Dia anak sulung," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment