24 March 2026

SAMBUT RAYA SELEPAS PULIH DARIPADA KR1TIKAL - JOHAN AZIZ LUAH RASA SYUKUR : "SIAPA SANGKA SAYA MASIH DAPAT BERTEMU AIDILFITRI PADA TAHUN INI..."



Pengasas dan bekas pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, 61, berkesempatan meraikan Aidilfitri selepas diuji dengan peny@kit kr1tikal sebelum ini.

"Saya rasa bersyukur teramat sangat kerana masih diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

"Saya dapat pulang ke kampung ziarah kubur arwah kedua-dua orang tua saya dan beraya bersama anak dan keluarga saya di Johor Bahru," tuturnya.

Pada pertengahan Disember lalu, Johan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang akib@t kans£r menghimp1t saraf di bahagian tulang belakang.

Klik untuk gambar besar

Beliau ditah@n di wad selama hampir dua bulan apabila situasi keadaan kesihatannya tidak menentu sehingga rakan-rakan industri termasuk artis antaranya, Zamani dan Shah Slam menziarahinya untuk memberikan kata-kata semangat.

"Saya ditah@n di hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) disebabkan tek@nan oksigen badan saya rendah dan tidak stabil.

"Siapa sangka saya masih dapat bertemu Aidilfitri pada tahun ini dan beraya bersama keluarga," katanya.
Terdahulu, semasa keadaan Johan kr1tikal, isterinya iaitu Nor Hayati Salim, 59, menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka selain dia dan anak-anak reda dengan apa yang berlaku.

Katanya, Johan dipantau selama 24 jam dan doktor tidak membenarkan mereka balik ke rumah dan disuruh menunggu di bahagian luar wad.

Selepas dua hari di ICU, keadaan Johan kembali stabil dan dibenarkan pulang ke rumah pada 27 Januari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: