14 July 2022

"MUNGKIN SAYA TIDAK MAMPU MEMBAHAGIAKANNNYA" - SERA AKUI SUKAR MAAFKAN SHUK



"Kami sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Saya akui, sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan Shuk lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.


"Bagaimana saya hendak membahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Cukuplah sampai di sini sahaja, mungkin saya tidak mampu membahagiakannya. Jadi, kata sepatah juga sudah diambil untuk kebaikan bersama. Kami ada wakil peguam, kini segala urusan membabitkan peguam.

"Diakui, kami sedang mencari keputusan dan kata sepakat terbaik demi masa depan. Bagaimana pengakhirannya, itu kami masih belum tahu kerana ia masih dalam perbincangan. Saya serahkan pihak peguam untuk menyelesaikannya," demikianlah ujar isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera.

Klik untuk gambar besar



Selepas bertahun berdepan isu kecurangan, nampaknya kemelut rumah tangga pasangan ini seperti sudah berada di penghujung. Berhubung hal tersebut, Sera berkata dia dan Shuk masih berhubung namun hanya kerana anak-anak sahaja. Sera mengakui dia juga tidak boleh memaafkan suaminya lagi.

Menurut Sera, dia dan Shuk kini sedang mencari keputusan terbaik namun masih dalam perbincangan lagi. Dalam pada itu, Sera berkata dia mengharapkan keputusan terbaik serta apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

"Saya terima dan akur, dalam masa yang sama, cuba menjadi lebih baik untuk anak-anak. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan. Sudah tentu ada ketikanya saya tertekan dengan apa yang berlaku, tetapi saya perlu positif. Saya akui, segala-galanya memerlukan masa untuk meletakkan diri saya dalam keadaan hari ini," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: