19 July 2022

INDIVIDU TAMPIL MOHON MAAF ISU FITNAH PUTERI SARAH



Seorang individu baru-baru ini telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Puteri Sarah Liyana pada malam Isnin, disebabkan perkongsian di Instagram pada 17 Julai lalu yang memberi komen tentang rumah tangga selebriti itu dengan pengarah Syamsul Yusof. Permohonan maaf itu dibuat selepas Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial.


"Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

"Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya," katanya.

Dalam permohonan maaf itu juga, individu tersebut turut mendoakan agar pelakon itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan semua urusan. Sarah yang mengulang siar kenyataan berkenaan di Instagram Story mengucapkan terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat individu tersebut.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila individu berkenaan membalas satu kenyataan yang pernah dikongsi pelakon ini di media sosial dan menunjukkan dia seperti diserang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

"Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang. Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun 'penyondol' yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia," tulis komen berkenaan.

Melihat ia sebagai satu kenyataan fitnah, Sarah mengambil tindakan memfailkan notis saman menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate. Menerusi perkongsian sebelum ini, Sarah menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya.

"Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh. Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: