20 July 2022

DISYAKI ROGOL REMAJA 14 TAHUN - PENCERAMAH BEBAS DITAHAN



Seorang penceramah bebas didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Isnin.


Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada jam 11.15 malam Sabtu.

Hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

"Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza," katanya.

Suspek telah pun ditahan sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor pada jam 4.50 petang semalam.

Suspek direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: