29 July 2022

IRA KAZAR DIDAKWA LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN ORANG SAMA - INDIVIDU HARAP DAH KAHWIN



Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik perkongsian di aplikasi TikTok sehingga ia tular apabila entri tersebut mengejutkan ramai pihak yang berkongsi video memaparkan perbualan tentang Ira Kazar.


Menerusi video itu, individu tersebut mendakwa rekod perubatan anak kepada pelakon Kazar Saisi ini menunjukkan gadis itu aktif melakukan hubungan intim dengan orang yang sama.

Dalam masa yang sama, individu berharap agar gadis itu sudah berkahwin dan bukannya melakukan hubungan tanpa ikatan yang sah. Melihat pada ruangan komen pula, ramai yang terkejut dengan pendedahan berkenaan serta ada yang meminta tidak membuat fitnah kerana ia perkara yang serius dan berat.

Sementara itu, ada yang mengatakan rekod perubatan pesakit adalah sulit dan tidak mungkin bocor begitu sahaja. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan individu itu mungkin hanya mahu mendapat perhatian sahaja. Malah, video itu juga telah pun dipadam oleh individu berkenaan.

Sejak bulan lalu. nama Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: