29 July 2022

DAKWAAN LUDAH PEMBANTU PERIBADI - MAK WAN LATAH MENGAKU TAK BERSALAH



Dihadapkan ke Mahkmah Majistret Taiping hari ini atas tuduhan meludah bekas pembantu peribadinya bulan lalu, pelakon Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur ‘Atiqah Sapari.


"Jangan viral (tular), okay," demikian amaran diberi oleh Mak Wan Latah kepada petugas media yang merakam visual beliau sejurus sebelum memasuki kamar bicara Mahkmah Majistret.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Mak Wan didakwa Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jumlah jaminan RM5,000.

Bagaimanapun, Yayasan Bantuan Guaman Kebngsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh meminta wang jaminan dikurangkan berikutan pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bekerja sambilan selain merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 September depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: