25 July 2022

KINI HAMIL 7 BULAN ANAK KEEMPAT - ADIRA TAK RANCANG TAMBAH ZURIAT LAGI LEPAS BERSALIN



Penyanyi Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 31, mengesahkan dia kini hamil anak keempat dengan usia kandungan tujuh bulan dan dijangka bersalin pada hujung September depan.


Kata Adira, dia juga tidak merancang untuk menambah cahaya mata lagi selepas bersalin nanti disebabkan tiga anak sebelumnya dilahirkan menerusi kaedah pembedahan atau 'czer'.

"Saya anggap semua ini rezeki. Terus terang saya memang suka anak ramai. Saya suka ramai-ramai di rumah. Saya sudah ada anak perempuan dan lelaki, Alhamdulillah.

"Saya pun dah tak kisah kalau tak mengandung lagi selepas ini sebab perancangan saya nak beranak sebelum umur 30. Tapi, terlepas lagi satu selepas umur 30. Alhamdulillah ini tetap rezeki, tapi mungkin setakat empat ini saja Insya-Allah.

"Saya memang tidak ada perancangan itu sebab saya bersalin pun semuanya 'czer', jadi mungkin setakat empat saja yang mampu. Selepas ini saya akan sibuk untuk membesarkan mereka saja. Biar kecil serentak, biar besar serentak," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai kehamilannya itu, Adira juga penyanyi lagu 'Pujaan Hati' itu berkata, segalanya dipermudahkan selain tidak mengalami alahan teruk.

"Alhamdulillah, usia kandungan sudah masuk tujuh bulan. Pada mulanya saya memang tak mahu berkongsi lagi, tapi lama-lama orang tahu juga. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan mengandung kali ini pun macam sebelum ini juga. Tidak ada alahan teruk, makan okay dan masih boleh bekerja.

"Cuma mungkin saya rasa disebabkan faktor umur. Tahun ini saya sudah 31 tahun, jadi ada rasa penat sikit berbanding awal-awal dulu. Kalau dulu mungkin masih muda, tapi sekarang sudah 31 tahun.

"Jadi, bezanya tenaga itu lain daripada mengandungkan anak nombor satu, dua dan tiga sebelum ini. Tapi, keseluruhan memang alhamdulillah okay. Masih boleh bekerja, tidak ada alahan dan semua dipermudahkan," kata isteri kepada Datuk Red itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: